followers

busuk.org

Ahad, 29 Januari 2012

Gempar! Bayi Tanpa Kepala Ditemui


Salam..

Mayat bayi tanpa kepala dan putus sebelah kakinya ditemui
oleh seorang lelaki ketika menjala ikan di sebatang sungai di Ampang.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Amiruddin Jamaluddin berkata, mayat bayi itu ditemui kira-kira jam 1 petang berhampiran kawasan perumahan­ di Kuala Ampang.

“Bayi itu ditemui tersangkut pada celah-celah batu di tebing sungai berhampiran dengan kilang elektronik, ketika ditemui, mayat bayi tanpa pakaian itu dalam keadaan tertiarap dan telah hampir reput,” katanya.

Setakat ini, beliau berkata, jantina bayi itu masih belum dikenal pasti, pemeriksaan unit forensik polis mendapati, mangsa tidak berkepala dan kaki kanannya juga tiada.

“Mangsa dipercayai dibuang di lokasi lain dan dihanyutkan arus sungai sebelum dijumpai, mayat dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bedah siasat,” katanya.

Sumber: Sinar Harian 

p/s Semoga si pelaku mendapat balasan yang setimpal

4 ulasan:

Emmy Naz berkata...

isah...x berperikemanusaan lansung lah...dah wat tanggung la kan.. :)

Unknown berkata...

iman lemah punca ni berlaku...huhu...

sedih gak tenguk mayat baby ni...

dya nasir berkata...

kesian bayi tu..xberdosa..

RHI berkata...

Astagrirullahalazim...zalimnya manusia tu