followers

busuk.org

Selasa, 13 Disember 2011

KL Gangster 2: Siapa Ammar Alfian??



Peminat filem aksi tempatan mungkin sudah tidak sabar-sabar lagi menantikan kemunculan
 filem KL Gangster2
Filem arahan Syamsul Yusof ini dijangkakan akan menemui penonton pada 2012 nanti.
Gua dengar khabar kl gangster 2 lebih ganas dari yang sebelumnya,
ini diperkuatkan lagi dengan kemunculan Rosyam Nor dan beberapa pelakon lain
termasuklah Ammar Alfian Aziz.

So kali ni gua nak ajak korang kenal lebih dekat lagi siapa si Ammar ni..
Jom terjah!!!


Ammar Alfian Aziz berasal dari Johor Bahru merupakan anak bongsu daripada tiga beradik.
Anak muda bertubuh sasa ini adalah anak kepada Profesor Mohd Zakri seorang profesor di UTM skudai mula melibatkan diri dalam dunia glamour sekitar tahun 2007 apabila terpilih sebagai finalis HERO Remaja.
Ammar atau lebih dikenali sebagai Boy ini pernah berlakon dalam beberapa buah drama 
seperti Dia Atilia,Tari Tirana,Sirah cinta,Sahara dan banyak lagi.
Boy juga adalah seorang modelling dan seorang yang meminati bidang tarian
Dia juga adalah pakwe kepada pelakon Puteri Sarah Liyana
dan pernah menimbulkan beberapa kotroversi sebelum ni yang agak 'Panas' jugak!
Selepas dikatakan menyepikan diri dari dunia glamour beberapa bulan lepas,
akhirnya boy muncul semula, kali ini bersama filem KL Gangster 2 yang sedang menjalani penggambaran ketika ini.
dikhabarkan wataknya adalah sebagai orang kanan Tailong(Rosyam Nor) seorang gangster besar di kl dalam filem ini.



Babak dalam kl gangster 2

 BIODATA

Nama: Ammar Alfian Aziz bin Mohd Zakri
Asal: Johor Bahru
Tarikh Lahir: 5 April 1987
Zodiak: Aries
Tinggi: 183 cm
Lakonan: Ponti Anak Remaja (Telemovie)Dimensions (Series)Tari Tirana (Series)Cheritera (Telemovie)Atilia (Series)Sirah Cinta (Series)Nur Fansuri (Series)Sahara (Series)KasanovaMetropolitan(Telemovie)
CintaLuhur Ezumin (Telemovie)Terlepas Pandang (Telemovie)Gamitan Bayu Kasih (Telemovie)
Kem Pink (Series)

Tiada ulasan: