followers

busuk.org

Isnin, 26 Disember 2011

Awas!! penipuan menang peraduan



Assalamualaikum..
Hari ni gua nak kongsi-kongsi cerita pasal penipuan menang peraduan.
walaupun gua tahu yang korang memang dah pun maklum pasal benda ni,
tapi seeloknya kita kena selalu ingatkan kepada sesiapa saja diluar sana supaya 
tidak 'terkena' dengan perbuatan tidak bertanggungjawab ini kerana kegiatan ini masih lagi berleluasa
walaupun pelbagai cara dilakukan untuk oleh pihak berkuasa.

Dari pengalaman gua sendiri,gua dah banyak kali terima sms yang mengatakan kononnya gua menang 
dan terpilih sebagai antara yang bernasib baik. Nak bgtau korang, Gua pernah "menang" Rm 100k,20k,15,12k,5k dan yang terbaru Rm25k.. "Wow!! kaya wooo...nasib gua memang baik hahaha..."
Tapi itu semua benda tipuuuu...!!!
nasib baiklah Otak gua ni masih berfungsi dengan baik dan tahu mana satu cerita betul dan tak betul.
Dorang ni memang licik,dan punya Otak penipu No1!! 
Bagi sapa-sapa yang tak berfikir panjang dan mudah tergoda dengan tawaran RM itu, maka jahanamlah hidup dia. Jadi gua nak ingatkan supaya jangan mudah terpengaruh dengan benda-benda mengarut ni semua.
selidik dulu sebelum buat keputusan.bukan sorang dua yang 'terkena' benda-benda macam ni kat malaysia ni.
Bila dah jadi mangsa, buat laporan polis pun dah takda gunanya lagi masa tu. 
Maka perkataan "menyesal" je lah yang tinggal dalam benak korang nanti hehehe..

Mari kita kenali ciri-ciri si PENYANGAK ini.

Perkhidmatan SMS

Penyangak ini selalunya menjalankan kegiatan melalui sistem pesanan ringkas (sms) dan akan menghantar sms kepada korang yang menyatakan korang menang dan meminta untuk menghubungi dorang melalui talian telefon lain untuk menuntut hadiah.
contoh sms 

"tahniah anda baru saja memenangi RM 25,000,00 dalam peraduan yang cuti-cuti malaysia,
sila hubungi talian ini untuk maklumat lanjut.no talian"

"No SIMcard anda
menang PROMOSI
( RM 17,000,00 )
DR"COCA COLA"
No.Seri *******
Sila call office
***********
Nama pengirim sms"

"tahniah no anda terpilih menang RM 5,000,00 dari power root
call talian ini"

Nasihat: kalau korang dapat sms yang lebih kurang sama mcm ni,sila abaikan

Panggilan telefon.

Penyangak ini juga akan menghubungi anda menerusi panggilan telefon.
Selalunya dorang terlebih dahulu akan sebut nombor HP dan bertanya adakah benar ini no korang yang kononnya nak pastikan korang adalah benar-benar pemilik no tersebut.(ikut protokol la konon)
lepas tu barulah dorang bagitahu berita 'gembira'  tu kat korang dengan bersungguh-sungguh untuk meyakinkan korang.

contoh ayat

"Selamat tengah hari,adakah ini no 0146774483? (no gua dulu) saya dari syarikat coca cola malaysia dan pengen beritahu encik bahawa no encik terpilih untuk memenangi hadiah RM15k daripada syarikat kami".

-ini adalah mukadimah dorang sebelum meneruskan lagi perbualan.
-lihat pada perkataan "pengen". gua pun tak pasti maksudnya tapi mungkin merujuk kepada perkataan "ingin"
dari situ dorang dah kantoi dengan gua hahaha..itu bahasa seberang..tau takper..kuang3
-dorang akan sedaya upaya bercakap dalam loghat melayu semenanjung.
-tidak akan memperkenalkan namanya melainkan korang tanya sendiri
 a) kadang-kadang tergagap-gagap menjawab apabila namanya ditanya.
 b) dorang akan gunakan nama-nama orang melayu(malaysia).
-guna private number

Jenama atau syarikat yang dorang selalu gunakan

CUTI-CUTI MALAYSIA
PETRONAS
POWER ROOT 
COCA COCA
MILO
AKADEMI FANTASIA
ASTRO
PERODUA 

Jika korang menerima sms atau panggilan seperti ini,sila abaikan demi kebaikan korang sebab itu adalah dari geng sindiket penipuan dan gua difahamkan bahawa sindiket ini berpusat di negara jiran.

Sekian.. 
Sharing is caring..
p/s kuasa wang ringgit mudah kaburi mata manusia..

8 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

daem! aku baru je dpt call camni td. siap tukar2 org plak. last2 aku sound "bung, pergi belajar bahasa malaysia dulu dong, bru nge-prank org malaysia" dia trus letak haha!!

afifah0hsem berkata...

pergh. tak pernah dpt call cmtu tapi selalu dpt emel a. dpt cola-cola la yg rajin anta msj cmtu . =.= . dahsyat betul mereka .

Unknown berkata...

penipuan ini kembali lagi ..... hari ini (07/11/2014),adik saya menerima sms menag 27k dr coca cola ..... sbg seorg yg bekerja di pasaraya, saya tau ini penipuan kerana pihak coca cola akan sediakn borang peraduan dan perlukan bukti dgn resit pembelian brg coca cola .... nk dptkan hadiah pinggan coca cola pun nk beli brg apalagi menang duit

Unknown berkata...

Sya pun dapat sms dari coca-cola dia ckp sya winnerrm. 27,0000 tidak thu betul ke tidak

Unknown berkata...

Sya dpat sms dari coca cola i winner cik rm.27,0000i dont now if true bcoz dia suruh bili dulu maxis 270rm kridit kepas dan baru dia krim sya wang! Mcam orang tipu saja.

Unknown berkata...

Saya pun dah kena macam ni..tp sy dah terhantar no.ic nama penuh n Alamat..lpas tu dia saya beli reload maxis RM30 ringgit 10 keping..dia mintak saya pergi beli reload tuh pada hari sama juga ..tapi saya cakap saya dalam waktu kerja n saya minta dia masa sampai esok pagi..dia kata boleh..tp saya rasa ragu..terus saya cari maklumat pasal peraduan tu kat internet..tapi saya jumpa semua pasal kes penipuan..dan kini saya jumpa blog ni..baru lah saya tahu benda tu tipu je..tapi sy dah bagi alamat no.ic n nama penuh..now saya rasa takut terjadi apa-apa..ape yang perlu saya lakukan sekarang..

Danish berkata...

saya pun dapat : Tahniah!simcard anda berjaya menang Cek RM27,000, Dari: Promo Coca-cola no. siri (AA4775F)sILA CALL/akses; 012******* Abd. Aziz Bsuleman www.cocacola.com

Unknown berkata...

Hye... saya baru sahaja terkena penipuan macam nie.. mereka kata kan yg mereka dr power root bkerjasama dgn maxis.. mereka juga memberi mklumat tntg nama dan no. Ic mrk slpas sy tny kan ini bnar atau tidak.. pertama mrka kata kan perlu mngisi rm90 krdt maxis.. kmudian mrk kata untk mletakkan nama sy tertera d kaca tv3.. sy perlu mngisi krdt rm110 dan kmudian slesai.. mrk kata mrk akan hntr duit scr tunai.. mrk mmberikan nama posmen, jnis kreta yg dgunakan untk mhntr wang tersebut dan nombor flat krta tsebut.. sy teragak2 untk mneruskan mngisi krdt atau tidak.. tap sy dlm keadaan yg mmerlulan wang.. jad sy trus isikan krdt trsebut..