followers

busuk.org

Sabtu, 10 Disember 2011

ada jugak orang macam ni??




Assalamualaikum..
Sebagai orang baru dalam dunia blogging ni
tentulah banyak perkara yang kita tidak tahu dan perlu tahu..
caranya bagaimana? hmmm..bagi gua la kan,cara gua adalah minta pendapat dari orang lain terutama sekali kat blogger-blogger Otai..
gua selalu klik blog dorg nak dapatkan tips-tips tentang bagaimana nak jadi seorang blogger..
dalam hal ni ada la jugak Otai ni yang dengan ikhlas bagi gua tips..terima kasih gua ucapkan.
tapi satu perkara yang gua sedih,sedih sangat bila ada sorang mamat blogger yang gua rasa memang berpengalaman,terkenal dan top ni bagi respon yang kurang "menyelerakan"..
ceritanya macam ni..hari tu gua ada ajukan soalan yang memang betul-betul gua nak tahu dan nak belajar,
tapi malangnya jawapan kepada gua memang agak kureng dan buat rasa diri gua ni hina sangat.
"Tak payahlah nak terhegeh-hegeh nak jadi blogger kalau tak tahu apa-apa,baik u jadi facebooker jer bro"
inilah jawapan yang gua terima hasil dari soalan gua yang nak tahu sangat pasal SEO..
terima kasih sekali lagi..
nak nangis pun ada masa tu..perasaan hampir putus asa bermain di fikiran gua..
gua sedar diri gua ni memang 'low' tapi rasanya tak perlulah bagi jawapan macam tu..
gua follow blog dia sebab gua rasa dia memang antara yang terbaik..
tapi tak sangka ini yang gua dapat..
macam ni la bro,kalau u nak orang hormat u janganlah amalkan sikap sombong macam ni..
mana letak budi bahasa?
gua betul-betul terkilan dengan sikap orang tu..dan terfikir rupanya
ada jugak orang macam ni..!!
sampai hari ni gua ingat perkara tu dan sampai bila-bila pun gua takkan lupa,tapi gua tak dendam..
gua jadikan ia sebagai pembakar semangat gua..tujuan gua nak berblogging bukan nak jadi terkenal,
cuma nak berkongsi cerita dengan sesiapa saja yang sudi membaca artikel dari gua..
semuanya ikhlas dari gua..
salam satu malaysia untuk semua..

Wassalam



Tiada ulasan: